Isnin, 1 Julai 2013

Kopiah Dan PenciL Box Nama..

1 Jul 2013

Pencil box/kopiah nama ni oder dr rakan fb....
dia nk pencil box saiz besar nama..AUNI...
kopaih nama tu anak nya nama Qayyum....





Selasa, 21 Mei 2013

PeNCiL Box CaSe

21 May 2013

Pencil box ni Ina buat untuk anakanda tersayang.....
Satu untuk anak perempuan sulung.....Nur Natasha Adani Bt Mohd Fauzi....
Satu lagi... untuk anak kedua..lelaki..Mohammad Firdaus Danial Bin Mohd Fauzi...
Warna ..adalah dari permintaan anak-anak....





Selasa, 14 Mei 2013

Kopiah

14 Mei 2013

Kopiah ni adalah hadiah untuk hari guru...
Tak tau nk bagi apa tuk guru lelaki....jadi Ina buatkan kopiah tuk guru tu....
Saja Ina buatkn warna coklet....harap guru tu suka...warna coklet ..sesuai dipakai
dengan pelbagai warna lain....
Patern yang Ina buat ni pun..hentam je...janji ada corak bintang.....hehehe...
Harap-harap Sir Zul bekenan.....




Pandangan dari tepi...




Pandangan atas....

Pouch Bag

14 Mei 2013

Pouch Bag ni Ina tuka untuk Cal Swap satu group crochet
partner tu nk warna merah...dgn warna pepel...
Saiznye kecik je....6' x4'
Ina letak bunga saiz besar satu....


Letak bunga besar sekuntum...

 Buka penutup pouch bag...


lining dgn zip kat dalam



Kat tangkai zip letak bunga kecil sekuntum...

Inilah hasilnya Pouch Bag...

Pencil Box Case UnTuk Hari Guru

 14 Mei 2013

Pencil box ni Ina buat untuk hari guru untak 2 orang ank Ina
Ina menggunakan double yarn dan shell stith....
Satu tuk guru sekolah..satu lagi tuk guru KAFA.....



Yang ni tuk guru sekolah rendah




Yang ni pulak tuk guru KAFA...




Pencil Box case untuk hari guru.......

Sabtu, 20 April 2013

Shell Stitch Bag...Bunga-Bunga Cinta

21 Apr' 2013

Shell stitch bag..yang ni bag yg kedua Ina hasilkan....
Bertemakan bunga-bunga cinta.....hehehe...
Dalam lining...ala2 songket....warna pepel....










Japenese Cheese Cake

21 Apr' 2013

Minggu ni Ina rajin nk buat kek...disebabkan kt rumah byk cheese slice...
x larat dh nk makan dengan beger je....jadi kita buat kek la pulak.....
Resepi ni Ina ambil dari kawan2 blogger...
Jadi..apa lagi...kita layan resepi dulu...hehehe........



SLICE CHEESE CAKE


Bahan-bahan

 ( kek saiz 20cm ) * guna 18cm=7in

4-5 keping slice cheese *(aku guna 5 keping)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin *(aku guna butter)
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M*(aku guna telur A)
beberapa titik esen vanila *(aku guna jus lemon 1tsp)

Cara-cara

  1. potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
  2. kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
  3. masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
  4. asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
  5. didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
  6. akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
  7. bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
  8. hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.

Gebu gebas keknya bila cuba resepi ni.....



Keknya pun sedap...dengan resepi yang ringkas.......